Kebudayaan Xinglongwa

Kebudayaan Xinglongwa
Tulisan Cina Tradisional興隆洼文化
Tulisan Cina Ringkas兴隆洼文化

Kebudayaan Xinglongwa (62005400 SM) ialah sebuah kebudayaan Neolitik di timur laut China, yang ditemui tertumpu sekitar sempadan Mongolia Dalam-Liaoning. Hasil tembikar Xinglongwa kebanyakannya berbentuk silinder dan dibakar pada suhu yang rendah.

Kebudayaan Xinglongwa meninggalkan kesan perancangan komunal. Di tiga tapak Xinglongwa, rumah-rumah dibina secara dereta. Beberapa tapak Xinglongwa turut menampilkan sebuah bangunan pusat yang besar. Selain itu, beberapa tapak Xinglongwa dikelilingi oleh parit.

Tapak contoh kebudayaan Xinglongwa teletak di sebelah barat daya sebuah bukit di Panji Aohan, Chifeng, Mongolia Dalam; ia diberi nama sempena sebuah kampung yang terletak 1.3 km ke tenggara dari tapak tersebut. 120 rumah lubang ditemui di Xinglongwa. Setiap rumah itu ada perdiangan di tengah-tengah. Xinglongwa juga menampilkan sebuah bangunan besar di pusat desa. Xinglongwa merupakan tapak terawal di China yang dikelilingi oleh parit. Xinglongwa juga menampilkan adat pengebumian yang luar biasa, kerana sesetengah mayat dikebumikan betul-betul di bawah rumah. Seperti di tapak-tapak Xinglongwa yang lain, objek-objek buatan jed turut ditemui. Di kubur yang paling mewah, seorang lelaki disemadikan dengan sepasang babi dan juga barang-barangan jed.

Tapak yang baru ditemui di Xinglonggou merupakan satu-satunya tapak kebudayaan Xinglongwa yang meninggalkan kesan-kesan kewujudan pertanian dengan tinggalan milet.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search